selamat berpuasa~

tak smpt g surau/masjid during this fasting month?
tak smpt/ jimat minyak? :p
stop making excuses...
u can do it at home..:)
tp lebih afdhal buat kt masjid/surau berjemaah...
aperpon yg penting niat ikhlas kerana Allah, ok?

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah . Lafaz niat: (Solat Sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah menunaikan Solat Terawih, maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan Seafdal-afdalnya 11 rakaat . Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Witri Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar"
"Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihahdan surah Al-A'laPada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun


Setelah memberi salam,beridiri lagi dan lakukan satu rakaat witir.
Lafaz niat:


Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta'ala

Ucap Al-Fatihah dan selepas itu ucapkan surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku' :

Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa.

Selepas itu berdoalah tiga kali:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


Senang kan?

byk kelebihan solat sunat terawih.. you all can just google to read further details, ok?


selamat beramal & selamat berpuasa to everyone~


p/s: bulan poser nih aku berniat takmo tido lepas sahur. in order to do dat..i must make sure i sleep by 11pm so dat i have full energy at office. nway aku balek 4.30 pm..ekeke. best2...first time balek seawal inih. opis lama pon tak cmnih..tahun lepas pon tak cmnih..so ill try my best to make gud benefit of the time that i have for dis month. insyaAllah...


4 comments:

be~bored said...

happy fasting rai...

Sweet said...

tq biha. heppy poser to u too..arituh ym kamu tp kamu da tido..pstuh gue pon tetido jugerh..ahaha

Unknown said...

selamat berpuasa and keep maintain ya ;-)

Sweet said...

wauuu..u r here..tq 4 visiting my blog. slmt berpuasa to u too~:)